PERTANIAN MAPAN: CABARAN DAN STRATEGI PEMBANGUNAN DALAM SEKTOR PERTANIAN DI NEGERI PERLIS
Abstrak
Sektor pertanian mempakan penyumbang utama dalam ekonomi Negeri Perlis. Sebahagian
besar penduduknya terlibat dengan aktiviti pertanian, terutamanya penanaman padi sebagai sumher
utama ekonomi mereka. Perkembangan ekonomi dalam sektor pertanian kurang memberangsangkan
dan ini telah menjadikan satu cabaran kepada Kerajaan Negeri Perlis dan juga Kerajaan Persekutuan
untuk mengekal dan menambahbaik sektor ini agar ianya terus berkembang maju sclaras dengan
sektor-sektor perindustrian, perkhidmatan. perlancongan, dan pendidikan.
Masalah kemiskinan, kekurangan modal, serangan musuh perosak dan penyakit tanaman,
kurang menggunakan teknologi pertanian moden, tanah terbiar dan pengeluaran yang rendah masih
merupakan masalah lama yang belum dapat diatasi sehingga sekarang. Masalah ini perlu dibendung
dan diatasi kerana migrasi penduduk yang berumur 20 hingga 34 tahun adalah begitu ketara dan proses
ini boleh melumpuhkan aktiviti sektor pertanian di negeri PerIis.
Strategi pembangunan pertanian yang bersepadu dan lebih dinamik perlu digubalkan oleh
pihak-pihak berkaitan supaya penggunaan sumber tanah menjadi lebih efesien, menguntungkan dan
menarik pihak petani dan swasta untuk terns menjadikan sektor pertanian di Negeri Perlis lebih mapan.
Sumber: http://eprints.utm.my/id/eprint/5024/1/pertanian.pdf
I am really happy to say it’s an interesting post to read. Your writing skill is amazing. Thanks a lot for this blog.
ReplyDeleteHire React JS Developers