Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

Penyakit influenza merupakan jangkitan oleh virus influenza yang menyebabkan gejala seperti demam selesema atau flu, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Virus influenza disebarkan melalui udara apabila seseorang yang dijangkiti influenza bersin atau batuk. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan pada permukaan-permukaan yang tercemar. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:

1. Mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi;
2. Kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, atau hand sanitizer;
3. Mengamalkan adab batuk / bersin yang baik;
4. Tidak bergaul dengan orang yang bergejala flu; dan
5. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.

Mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak mengunjungi tempat-tempat tumpuan awam atau tidak bertemu dengan orang lain. Sekiranya perlu bertemu dengan orang lain, pakai penutup mulut dan hidung (face mask). Pemakaian surgical mask atau 3-ply mask dengan cara yang betul adalah memadai untuk mengelakkan penularan virus. Orang ramai dinasihatkan agar mendapat rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk.

Kepada ibu bapa, selain ikhtiar jaga kesihatan diri, jaga kebersihan, ambil suntikan vaksin Influenza, sebaiknya mohonlah juga perlindungan daripadaNya.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Ustaz Farid Rashidi ini, ada doa yang boleh mak ayah baca malah hafaz untuk memohon padaNya agar dihindari dari bencana sebegini.


Begini bunyi doanya:
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadha’. Wa shamaatatil a’da’.

Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari bala atau bencana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”
[Sahih Bukhari]

Semoga doa minta elak dan dijauhkan segala penyakit wabak influenza ini bermanfaat untuk semua.

Comments

Popular Posts