Perangkaan Getah Bulanan bagi April 2020






Perangkaan Getah Bulanan bagi April 2020
Pengeluaran getah asli pada April 2020 meningkat 0.3 peratus.

    Pengeluaran getah asli meningkat 0.3 peratus pada April 2020 kepada 34,616 tan metrik berbanding Mac 2020 (34,506 tan metrik). Perbandingan tahun ke tahun juga turut menunjukkan peningkatan 2.0 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

    Eksport getah asli Malaysia berjumlah 40,596 tan metrik, menurun sebanyak 10.2 peratus berbanding 45,198 tan metrik pada Mac 2020. Negara China merupakan destinasi utama eksport getah asli dengan catatan 48.9 peratus daripada jumlah eksport pada April 2020. Ini diikuti oleh Jerman (12.1%), Amerika Syarikat (6.2%), Iran (5.3%) dan Taiwan (3.5%). Eksport tertinggi adalah bagi item sarung tangan getah dengan nilai RM1,984.4 juta iaitu peningkatan 11.6 peratus berbanding Mac 2020. Malaysia mengeksport sarung tangan tertinggi kepada Amerika Syarikat sebanyak 97,905 tan metrik pada April 2020 berbanding 24,737 tan metrik pada Mac 2020 iaitu peningkatan 295.8 peratus, diikuti oleh China (28.8%) dan Jerman (9.9%). Peningkatan ini didorong oleh permintaan yang tinggi disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

    ​Harga purata bagi Lateks Pekat merekodkan penurunan kepada 413.26 sen sekilogram berbanding Mac 2020 (435.66 sen sekilogram). Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) turut menurun kepada 472.64 sen sekilogram berbanding 517.45 sen sekilogram bagi tempoh yang sama. Jumlah penggunaan getah asli pula di peringkat domestik ialah 39,208 tan metrik, menurun sebanyak 7.9 peratus berbanding bulan sebelumnya. Pembuatan sarung tangan getah mendominasi industri pembuatan getah asli iaitu sebanyak 35,080 tan metrik atau 89.5 peratus daripada jumlah penggunaan domestik.

Untuk maklumat lanjut: www.dosm.gov.my
Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia
Portal: Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
Facebook:
Jabatan Perangkaan Malaysia
Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia
Instagram: Jabatan Perangkaan Malaysia

Comments

Popular Posts