KERATAN AKHBAR BERKAITAN ALAM SEKITAR 29 JULAI 2021 (Khamis)

 1.        Mass flowering of Malaysia’s dipterocarp forests

26 Julai 2021



 

PETALING JAYA: Many of Malaysia’s dipterocarp forests are undergoing mass flowering at the moment, with a “mosaic” of colours observed in the canopy of many rainforests.

The Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) said that it is a unique phenomenon that usually occurs intermittently but sometimes may see intervals of many years.

“The synchronous flowering and its amazing display of beautiful scenes in many hues amidst the green sea of rainforest is a sight to behold,” it said in a Facebook post.

Dipterocarpaceae are a family of plants that are tall and grand trees with distinctive formations, and which are rich in species diversity spread across tropical regions.

“In Malaysia, dipterocarp forests are not only ecosystems providing important functions and services, but are also habitats for valuable natural resources, including highly-prized timbers.

“The environmental cues for unusual mass flowerings in dipterocarp forests can be associated with prolonged droughts or a drop in minimum night-time temperature,” said FRIM.

Afzaa Aziz of the Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) said that mass flowering or mass seeding refers to a synchronous production of seeds and fruits by a population of trees.

“The one this year is quite special because we are seeing so many at once all across Peninsula Malaysia,” she told The Star, adding that a mosaic of yellow, red, white colours could be observed in the green canopy.

She explained that the canopy of Malaysia’s rainforests are dominated by Dipterocarpaceae trees that they flower very sporadically, depending on the species.

She said once they have matured, the seeds can be collected for planting material for restoration efforts.

“In botany and especially in conservation, we have to monitor this very closely. If we want to safeguard and protect endangered tree species, we have to have human intervention to ensure that these seeds are carefully collected and gemmated for restoration efforts.

“If the seeds simply fall down and follow natural regeneration, very few seeds will survive,” she said.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/07/26/mass-flowering-of-malaysias-dipterocarp-forests

 

 

2.        Ekonomi Hidrogen bantu capai sasaran intensiti pelepasan GHG

  

27 Julai 2021

 


PUTRAJAYA: Ekonomi hidrogen berpotensi besar menyumbang kepada sasaran pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) untuk negara, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Malaysia sebagai negara ahli kepada Perjanjian Paris komited terhadap sasaran negara dalam mengurangkan pelepasan karbon," katanya yang berpendapat ekonomi hidrogen dapat membantu negara mencapai sasaran pengurangan intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Ekonomi hidrogen adalah cabang perniagaan dan pelaburan baharu yang memfokuskan kepada penggunaan bahan api alternatif iaitu hidrogen bagi menggantikan bahan api konvensional seperti diesel dan petrol yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Merasmikan acara 'International Hydrogen Economy Forum and Strategic Lab' secara maya, hari ini, Tuan Ibrahim berkata forum itu dianjurkan untuk mengenal pasti inisiatif teknologi hidrogen yang dilaksanakan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa bagi memacu ekonomi rendah karbon seterusnya mewujudkan potensi pelaburan baharu dalam ekonomi hijau.

Beliau berkata pembangunan ekonomi hidrogen dapat memacu serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara pada masa hadapan dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) secara holistik.

"Perancangan bagi melaksanakan ekonomi hidrogen dalam konteks tempatan perlu dilakukan secara teliti dan seiring dengan situasi ekonomi semasa," katanya.

Menurutnya, hidrogen adalah antara sumber tenaga alternatif yang berpotensi untuk sektor tenaga, industri dan pengangkutan ke arah peralihan kepada ekonomi hijau dan rendah karbon di peringkat nasional dan global.

Beliau memetik kajian oleh Institut Penyelidikan Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Timur (ERIA) bertajuk 'Study on Demand and Supply Potential of Hydrogen Energy in East Asia' pada 2018, yang mana penggunaan hidrogen sebagai sumber tenaga kepada ketiga-tiga sektor tersebut berpotensi mengurangkan pelepasan GHG sehingga 20.6 juta tan karbon dioksida menjelang 2040.

Tuan Ibrahim berkata kementeriannya mengalu-alukan sebarang kerjasama strategik, pelaburan dan jaringan kerjasama dengan organisasi awam dan swasta dalam bidang kajian dasar dan regulatori, kemudahan bersepadu, logistik dan infrastruktur, demonstrasi teknologi dan inovasi komponen tempatan yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi hidrogen.

Pada majlis itu juga, Tuan Ibrahim dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi menyaksikan pertukaran dokumen memorandum kerjasama antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan beberapa rakan strategik antaranya UMW Innovation and R&D Centre Sdn Bhd, Mitsui & Co Ltd; Sarawak Economic Development Cooperation (SEDC); dan Vizione Energy Sdn Bhd bagi kerjasama dalam pembangunan ekonomi hidrogen di Malaysia. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/843971/ekonomi-hidrogen-bantu-capai-sasaran-intensiti-pelepasan-ghg

 

 

3.        Alam Flora terajui pembangunan kelestarian negara

27 Julai 2021

 

 


PUTRAJAYA: 25 tahun menongkah usia berbakti kepada masyara­kat, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) dikenali sebagai syarikat yang sentiasa mendahului dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, kini mengorak langkah lebih jauh un­tuk meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju.

Ini dilakukannya melalui beberapa inisiatif baharu, ter­utama teknologi moden dalam rawatan sisa pepejal, ke arah circular economy.

Alam Flora kini berada di landasan terbaik dalam meningkatkan aspek kehidupan lestari dan penjagaan alam sekitar selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa Bangsa Bersatu, Sustainable Development Goals (SDG), yang menyasarkan pencapaiannya menjelang 2030.

Ini juga selari dengan matlamat Dasar Kebersihan Negara dan Dasar Komuniti Negara.

"Ini amat selari serta melengkapi dasar dan strategi ke­ bangsaan, di mana Alam Flora telah meletakkan sasaran dan mencipta pelbagai penanda aras serta kejayaan, sepanjang dua setengah dekad dalam melaksa­nakan pengurusan sisa pepejal yang lestari, memberi impak kepada alam sekitar ingin dicapai," kata Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Datuk Mohd Zain Hassan.


Pengalaman dan kejayaan

Pada awal penubuhannya 1995, Alam Flora telah dipilih untuk memberi nafas baharu dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Dengan keadaan aset yang sedia ada pada masa itu dan belanjawan terhad, mereka tetap melakukan beberapa penam­bahbaikan operasi.

Seiring perkembangan semasa, Alam Flora terus mempertingkatkan sistem pengurusan sisa pepejal dengan menanda aras sistem negara maju di Eropah seperti Jerman, Sweden dan Jepun.

Alam Flora diberi ruang lebih luas untuk melaksanakan cara kerja yang sistematik dan seragam di semua kawasan di­uruskannya, iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Pahang.

Alam Flora juga telah menga­daptasi teknologi digital dalam aktiviti seharian seperti peman­tauan kenderaan operasinya bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan lebih efisien, berkesan serta mengurangkan pembaziran bahan bakar yang dapat mengurangkan jejak karbon mereka.

Alam Flora juga mengorak langkah lebih jauh dengan pe­nubuhan anak syarikat iaitu Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES) yang akan terus meneroka dalam bi­dang kelestarian alam sekitar dan pengurusan fasiliti secara komprehensif, bagi melengkap­kan syarikat Alam Flora sebagai peneraju kepada pengurusan alam sekitar negara.


Hala tuju penjagaan alam sekitar

Mohd Zain berkata, tujuan utama penubuhan AFES ialah untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh berkaitan alam sekitar di negara ini.

Antaranya ialah mempertingkatkan fasiliti pengurusan sisa pepejal, menyediakan pengurusan sisa berjadual (scheduled waste) yang lebih komprehensif dan pengurusan aset serta ba­ngunan lebih mesra alam, kondusif dan efisien.

Berbekalkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkomitmen tinggi, serta penggunaan teknologi terkini, AFES telah berjaya memulihkan dan menaik taraf loji insinerator milik kerajaan di Cameron Highlands serta Pulau Pangkor.

AFES juga telah memperke­nalkan beberapa teknologi bagi menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan pengurusan dan rawatan sisa pepejal. Contohnya, teknologi Black Soldier Fly, Anaerobic Digester, Plastic- to-fuel, Landfill Gas Extraction, dan pengasingan sisa secara sistematik.

"Selain daripada itu, kita melakukan proses merawat air larut resap atau dikenali sebagai leachate yang berbahaya dan bertoksik agar ia tidak dilepaskan begitu sahaja, supaya tidak membahayakan manusia, hidupan liar serta alam sekitar," katanya.

Untuk meningkatkan kece­kapan pengurusan alam seki­tar di industri pelabuhan pula, AFES mewujudkan Port Reception Facilities yang pertama di Malaysia.

Fasiliti seumpama ini me­nyediakan kemudahan pe­nerimaan sisa di pelabuhan, sekali gus memastikan sisa dihasilkan oleh kapal tidak dilepaskan terus ke laut, selaras dengan peraturan konvensyen antarabangsa MARPOL yang diterimapakai kerajaan Malaysia.

Sisa buangan atau sisa berjadual ini akan dikenal pasti sebelum diproses semula sebagai bahan baharu seperti minyak pelincir yang digunakan di industri pembuatan.

AFES turut menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan fasiliti secara holistik dengan pembangunan tekno­logi yang terkini seperti Computerized Maintenance Monitoring System (CMMS), Condition Base Maintenance (CBM) dan Centralised Monitoring System (CEMOS) untuk memastikan segala kemudahan serta infra­struktur bangunan beroperasi di tahap optimum.


Pengasingan sisa, kitar semula

Melalui syarikat ini juga, Mohd Zain berkata, Alam Flora membangunkan Fasiliti Kitar Semula Bersepadu atau Integrated Recycling Facility (IRF) dengan mengurangkan pelupusan sisa ke tapak pelupusan me­lalui konsep circular economy.

"Ini amalan negara maju yang cuba kita terapkan di Malaysia untuk memastikan kewujudan aktiviti kitar semula berlaku dalam pengurusan sisa kita.

"Sebagai contoh, menerusi fasiliti Eco Green, sisa dari­pada proses penebangan atau cantasan pokok, tidak lagi perlu dibawa ke tapak pelupusan, sebaliknya ia dikitar semula menjadi wood chip dan pallet untuk kegunaan industri syarikat perabot atau menjadi sumber bahan bakar kepada industri pembuatan di negara ini," katanya.

"Kami sentiasa meneroka perkembangan teknologi baha­ru terkini yang boleh diguna­ pakai negara dalam menyelesaikan masalah pengurusan sisa pepejal.

"Kami komited untuk terus menjalankan tugas dengan penuh semangat demi negara, ia­itu menjaga alam sekitar selari dengan aspirasi pihak kerajaan dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa Bangsa Bersatu, menjelang 2030," jelasnya lagi.


Fasiliti Inovasi Kitar Semula dan 3R on Wheels

Kewujudan satu-­satunya fa­siliti seumpama Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di Malaysia, adalah salah satu komitmen Alam Flora dalam memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan kitar semula agar da­pat membantu mengurangkan sisa pepejal di hantar ke tapak pelupusan.

FIKS juga adalah sebuah pusat ilmu bagi menyediakan pembelajaran untuk orang awam terutamanya golongan pelajar, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses kitar semula, pengasingan, pemulihan sisa dan juga bagaimana mereka boleh memain­kan peranan dalam membudayakan amalan kitar semula ini.

Sebagai langkah mendukung Matlamat Pembangunan Lestari, FIKS bukan hanya memfokuskan agenda alam sekitar (SDG 13), malahan, ia juga menyentuh mengenai kesejah­teraan komuniti (SDG 11).

Ia memberi perhatian kepada falsafah, agar apa yang kita lakukan pada masa ini, tidak akan memudaratkan keselesaan kehidupan anak cucu kita pada masa depan.

Selain itu ia juga menggu­nakan lori tujuh tan yang telah diubahsuai, dilengkapi dengan skrin LCD gergasi iaitu 3R on Wheels (3ROW), iaitu sebagai pusat pengumpulan secara ber­gerak bagi memudahkan orang ramai menghantar barangan kitar semula mereka tanpa perlu pergi ke pusat belian kitar semula.

Di antara lokasi tumpuan 3ROW adalah di sekolah, institut pengajian tinggi, pejabat kerajaan dan swasta, kawasan tumpuan komuniti awam serta stesen Petronas terpilih.


Budaya pengurusan sampah di Malaysia

Mengulas komitmen masyarakat negara terhadap pengurusan sampah, Mohd Zain menyifatkan, rakyat Malaysia sudah mempunyai kesedaran namun masih perlu dipertingkatkan lagi berbanding negara maju.

"Berapa ramai di antara kita hari ini yang akan menyimpan sampah dahulu, tanpa buang merata- rata sebelum menemui tong sampah?

"Ramai rakyat kita mahu tong sampah yang 'datang' kepada kita dan disebabkan itulah kesedaran mengenai perkara ini perlu sentiasa ber­terusan.

"Sememangnya menjadi tu­gas kami untuk terus mengga­lakkan pembabitan orang ramai untuk bersama­-sama meng­asingkan sampah dari rumah, daripada sampah makanan itu dibuang begitu sahaja ke dalam tong tanpa diasingkan.

"Pernahkah kita terfikir bahawa sekiranya sampah makanan berlebihan yang dibuang sebenarnya boleh dikitar semula untuk menghasilkan baja kompos. Pada masa sama, dapat mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan," katanya.

Tambah beliau lagi, sepanjang perjalanan 25 tahun Alam Flora, penambahbaikan perkhidmatan sentiasa dititikberatkan namun ia perlu disokong dengan tindakan ber­kesan yang dimainkan oleh semua pihak, termasuk orang ramai, industri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kita harus ingat, usaha menjaga kebersihan ini adalah usaha bersama daripada semua pihak dan tidak boleh meletakkan tanggungjawab ini hanya kepada satu pihak sahaja.

"Bumi ini milik kita bersama dan ia cuma ada satu sahaja. Kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang, tetapi kita meminjam daripada anak cucu, maka pulangkanlah dalam keadaan yang lestari.

"Sudah 25 tahun kami berusaha menjaganya dan kami ingin terus komited, dalam mempertingkatkan lagi usaha untuk terus menerus menjaga kebersihan bumi kita tercinta ini walaupun seribu tahun lagi," tambah beliau mengakhiri perbincangan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/843812/alam-flora-terajui-pembangunan-kelestarian-negara

 

4.        'Spies' keep tabs on sale of turtle eggs

27 Julai 2021

 


The rising trend of turtle eggs being sold online has prompted a group of activists to form a social media surveillance team known as Turtle Watch Malaysia.

Activist Dr Mohd Uzair Rusli, who is Universiti Malaysia Ter-engganu's Oceanography and Environment Institute Research Laboratory head, said the team's establishment had enabled activists to receive information from the public.

He said Turtle Watch Malaysia had gathered almost 1,000 "spies" who would inform the team of the online sale of turtle eggs, and these listings had been reported to the Fisheries Department for investigation.

"We also encourage Netizens to criticise the sellers and buyers.

"If they are brave enough to sell turtle eggs openly, we must also be brave in calling them out in a prudent and civilised manner.

"Selling turtle eggs openly is seen as disrespecting turtle conservation efforts. We have to be more vocal about conservation efforts so that they will not go to waste."

Uzair said the selling of turtle eggs online had increased since the Movement Control Order (MCO) was implemented last year.

"This is a dangerous activity because the demand for turtle eggs has increased drastically.

"Following calls by a coalition of non-governmental organisations last year, the Terengganu government has agreed to amend an enactment on turtles to ban the sale of all types of turtle eggs.

"However, the process of formulating the new enactment has stalled and is moving very slowly due to the implementation of nationwide MCOs.

"This has led to turtle egg sellers feeling safe as no legal action can be taken against them at this time."

The Terengganu Turtle Enactment 1951 (Amended 1987) only prohibits the sale of leather-back turtles' eggs, but it is no longer relevant to the current situation as the species has not landed in Terengganu for a long time.

Uzair said Turtle Watch Malaysia had received complaints about the online sale of turtle eggs almost every week.

"We submit the report to the Fisheries Department if it is proven that the eggs were collected in restricted areas, such as marine parks.

"The largest amount that we have detected is the offer to sell 600 turtle eggs from Pulau Redang, which is estimated to be worth RM3,000.

"There are also sellers who offer delivery services to districts here."

He said although the culture
of eating turtle eggs was ingrained in the state, it had to be stopped.

"Commercialising this activity causes the eggs to be collected in huge amounts and, as a result, we will fail to produce new adult female turtles.

"We have to incubate as many eggs as possible because we are facing a high number of predators, whereby only one out of 1,000 baby turtles can grow up safely at sea."

Uzair urged people to stop selling turtle eggs as it would harm the state's economy and tourism sector. –Bernama

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/07/712044/spies-keep-tabs-sale-turtle-eggs

 

 

5.        Pantau kenderaan lepas asap berlebihan dengan kamera video

27 Julai 2021

 


Melaka: Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sentiasa memantau dan mengesan kenderaan yang didapati melepaskan asap hitam secara berlebihan di jalan raya.

Pengarahnya Rosli Othman berkata, pengawasan melalui kamera video dibuat pihaknya dalam mengesan kenderaan enjin diesel khususnya yang melakukan kesalahan yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Beliau berkata, jika sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pihaknya melakukan pengawasan secara fizikal namun ketika ini pihaknya mengambil pendekatan mengesan kesalahan melalui visual.

"Mungkin ada yang ingat ketika ini tiada operasi dan sebagainya tetapi sangkaan itu tidak benar apabila Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS menggunakan kamera video dan bergerak ke lokasi dikenal pasti.

"Sebelum ini operasi dilakukan bersama agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi kini kita melakukan pengawasan secara rutin melalui Ops Catat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, melalui Ops Catat kenderaan yang melakukan pelepasan asap hitam secara berlebihan akan dikesan melalui nombor pendaftaran.

"Kita akan memerhati melalui video dan apabila terdapat kenderaan yang melepaskan asap hitam berlebihan, nombor pendaftarannya akan diambil untuk tindakan selanjutnya.

"JAS akan rujuk kepada JPJ untuk dimaklumkan kepada pemilik sebelum notis dikeluarkan bagi melakukan baik pulih kenderaan dan kemudiannya dirujuk ke Puspakom," katanya.

Menurut Rosli, dalam Ops Catat yang diadakan semalam di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Paya Datuk sebanyak 122 kenderaan dicatat dan hasilnya sebuah kenderaan dikesan melakukan kesalahan.

"Nombor pendaftaran itu akan dirujuk kepada JPJ dan tindakan akan dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/735425/pantau-kenderaan-lepas-asap-berlebihan-dengan-kamera-video

 

 

6.        Bahan kimia tumpah di gudang LTAPP

28 Julai 2021

 


BAYAN LEPAS - Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini selepas berlaku tumpahan bahan kimia di dalam sebuah gudang di situ pada Rabu.

 

Pegawai operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.28 petang sebelum sepasukan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) pergi lokasi kejadian.

 

Beliau berkata, kejadian membabitkan tumpahan sebanyak 1.5 liter bahan kimia jenis Corrosive Liqiud di atas lantai gudang tersebut.

 

"Komander Hazmat membuat 'size up' dan membuat pengungsian di lokasi kejadian. Semua anggota memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) lengkap ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

 

"Kerja-kerja pembersihan atau nyahcemar di kawasan yang tercemar dilakukan dengan menggunakan 'soda ash' dan keadaan dilaporkan terkawal. Ketika ini, kerja pembersihan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

 

Beliau bagaimanapun berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut.


https://www.sinarharian.com.my/article/152526/EDISI/Bahan-kimia-tumpah-di-gudang-LTAPP




7.        Ladang ternakan ayam penelur disyaki punca pencemaran diarah tutup

28 Julai 2021

  


HULU SELANGOR - Sebuah premis ladang ternakan ayam penelur di Kalumpang di sini diarahkan tutup selama 14 hari kerana disyaki melepaskan efluen ke anak sungai menyebabkan air keruh dan berbau najis ayam.

Bahagian Korporat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam kenyataannya memaklumkan, operasi bersepadu jam 3.30 petang Selasa itu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menurut kenyataan itu, operasi turut disertai Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Hulu Selangor.

"Operasi itu dijalankan selepas MDHS sering menerima aduan daripada penduduk dan tinjauan awal dilakukan Pegawai Kesihatan MDHS di ladang ayam terbabit mendapati aduan penduduk adalah benar.

"Pemeriksaan di dalam premis bersama pengurus ladang juga menemui kira-kira 50 kolam takungan kecil dengan keadaan air berwarna hitam dan terdapat sisa najis ayam.

"Apabila hujan akan berlakunya limpahan dari kolam tersebut yang kemudiannya mengalir ke anak sungai," kata kenyataan itu pada Rabu.

Jelas kenyataan itu, operasi turut dilaksanakan berikutan kegagalan pihak premis mematuhi arahan notis dikeluarkan oleh MDHS pada 26 April dan 14 Julai lalu.

"Kita dapati pemilik premis gagal melantik panel kontraktor di bawah pihak majlis bagi pelupusan sisa pepejal.

"Premis terbabit diarahkan ditutup bermula Selasa hingga 9 Ogos depan.

"Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil 43(1)(a) dan (b),Undang-Undang Kecil Pelesenan dan Perindustrian (MDHS) 2007," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, MDHS akan terus melaksanakan pemantauan sepanjang tempoh notis penutupan.

"Tindakan susulan daripada jabatan teknikal terlibat akan dilakukan dari segi pelan bangunan dan lesen perniagaan bagi memastikan pihak premis mematuhi kesemua syarat teknikal daripada pihak majlis," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/152461/BERITA/Semasa/Ladang-ternakan-ayam-penelur-disyaki-punca-pencemaran-diarah-tutup

 

8.        Tanaman sawit haram dalam hutan simpan dimusnahkan

28 Julai 2021

  


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan memusnahkan pokok kelapa sawit yang ditanam secara haram di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Kuala Langat Selatan selama empat hari bermula Isnin lalu.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, operasi bersepadu Ops Langat itu dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat serta Bahagian Penguatkuasaan Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, operasi itu membabitkan kawasan seluas 12 hektar di petak 17 dan sebahagian petak 19 HSK Kuala Langat Selatan.

"Operasi bersepadu itu tertumpu kepada pemusnahan pokok kelapa sawit yang berusia dua tahun dengan menggunakan tiga jengkaut.

"Tindakan menanam pokok kelapa sawit di kawasan terbabit menyalahi peruntukan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985," katanya yang memuat naik kenyataan itu di Facebook beliau pada Selasa.

Loy Sian berkata, tindakan penguatkuasaan itu juga diambil selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 14 Julai lalu.

"JPN Selangor diarahkan melaksanakan operasi penguatkuasaan hutan secara bersepadu di kawasan berkenaan," katanya.

Jelas beliau, sebelum ini, operasi turut dijalankan dengan memusnahkan 350 anak pokok kelapa sawit yang ditanam secara haram di kawasan sama seluas kira-kira dua hektar pada 14 Julai lalu.

Katanya, tindakan itu dilakukan berikutan terdapat kes pembakaran secara terbuka di kawasan hutan berkenaan.

Beliau memberitahu, pembakaran terbuka mengakibatkan kerajaan negeri Selangor terpaksa menanggung kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit.

"Kegiatan ini dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan pembakaran secara terbuka di kawasan hutan berkenaan.

"Akibat aktiviti pembakaran itu, kami dengan kerjasama Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa melakukan operasi pemadaman kebakaran seluas kira-kira 2.8 hektar di hutan simpan itu pada 27 Jun lalu," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/152399/EDISI/Tanaman-sawit-haram-dalam-hutan-simpan-dimusnahkan

 

Comments

Popular Posts