Kompendium Perangkaan Alam Sekitar, Malaysia, 2022


Pencemaran Udara dan Kadar Kemalangan Berkurangan Pada Tahun 2021

Sepanjang 2021, kepekatan bahan pencemar udara seperti Habuk Halus (PM10) meningkat 4.0 peratus (2020: -32.3%), bagaimanapun, Habuk Halus (PM2.5) susut 6.7 peratus (2020: -11.1%). Manakala Karbon Monoksida (CO) yang kebanyakannya dihasilkan melalui ekzos kenderaan berkurangan sebanyak 9.7 peratus (2020: -8.2%) hasil daripada kawalan pergerakan yang menyebabkan bilangan pengguna jalan raya berkurangan.

Sekatan aktiviti perindustrian dan pergerakan manusia sepanjang pelaksanaan PKP juga membawa kepada kesan positif terhadap kualiti udara di Malaysia. Indeks Pencemaran Udara (IPU) secara umum mencatatkan status kualiti udara "baik" dan "sederhana" untuk 2021. Bacaan IPU menunjukkan penurunan tahap pencemar udara, terutamanya di bandar-bandar utama di seluruh negara disebabkan oleh pelepasan bahan pencemar udara yang lebih rendah daripada asap kenderaan bermotor, pelepasan cerobong industri dan aktiviti pembakaran terbuka.

Peningkatan kes COVID-19 pada tahun 2021 turut meningkatkan kelengkapan pelindung diri (PPE) dan alat pengujian COVID-19 serta pembukaan kemudahan kesihatan baharu, pusat kuarantin dan vaksinasi memberi impak secara langsung ke atas pengurusan sisa klinikal. Kuantiti sisa klinikal meningkat 43.9 peratus pada 2021 kepada 57.4 ribu tan metrik berbanding 39.9 ribu tan metrik pada 2020. Tiga negeri merekodkan jumlah sisa klinikal terbesar iaitu Selangor (13.0 ribu tan metrik), Sarawak (8.3 ribu tan metrik) dan W.P. Kuala Lumpur (5.9 ribu tan metrik).

Di samping itu, kadar kes kemalangan jalan raya di Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 11.5 peratus, penurunan sebanyak 47,951 kes berbanding 2020 disebabkan oleh pelaksanaan PKP. Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga menurun sebanyak 95 kematian kepada 4,539 kematian pada 2021 berbanding 4,634 kematian pada tahun sebelumnya.

Comments

Popular Posts