Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, November 2022
Pengeluaran getah asli menurun 11.8 peratus pada bulan November 2022 (28,048 tan metrik) berbanding pada bulan Oktober 2022 (31,795 tan metrik). Perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan 8.0 peratus (November 2021: 30,493 tan metrik). Pengeluaran getah asli Malaysia pada November 2022 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (87.2%) berbanding sektor estet (12.8%).
Jumlah stok getah asli pada November 2022 menurun 1.4 peratus kepada 195,353 tan metrik berbanding 198,181 tan metrik pada Oktober 2022. Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 90.4 peratus diikuti kilang pengguna getah (9.5%) dan estet getah (0.1%).
Eksport getah asli Malaysia berjumlah 51,104 tan metrik pada November 2022 meningkat 23.0 peratus berbanding Oktober 2022 (41,548 tan metrik). China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 54.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada November 2022 diikuti Amerika Syarikat (3.6%), Jerman (2.8%), Turkiye (2.2%) dan Brazil (1.8%).
Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan Lateks Pekat merekodkan peningkatan iaitu 1.3 peratus (November 2022: 472.58 sen sekilogram, Oktober 2022: 466.42 sen sekilogram) manakala Sekerap menurun 5.9 peratus (November 2022: 443.36 sen sekilogram, Oktober 2022: 471.29 sen sekilogram). Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) pula adalah dalam keadaan bercampur iaitu menurun 3.8 peratus serta meningkat 1.3 peratus.
Comments
Post a Comment