KERATAN AKHBAR BERKAITAN ALAM SEKITAR 2 OGOS 2021

 1.        Premis cemar Sungai Kim Kim diarah henti pelepasan

1 Ogos 2021

 

 

Johor Bahru: Sebuah premis bukan industri di Pasir Gudang, di sini, diarahkan serta-merta menghentikan pelepasan tidak terawat ke Sungai Kim Kim yang menyebabkan sungai itu tercemar semula dan berbau busuk, sejak Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata, pengendali premis berkenaan juga sudah diarahkan menjalankan langkah pembaikan segera bagi memastikan kualiti air Sungai Kim Kim tidak lagi dicemari.

Katanya, siasatan susulan yang dijalankan mendapati premis berkenaan sedang menjalankan kerja penyelenggaraan sehingga menyebabkan berlakunya pelepasan air sisa buangan tanpa dirawat mengalir memasuki Sungai Kim Kim.

"Pensampelan air sisa buangan sudah dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan sampel dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk mengetahui kandungan sebenar yang mencemarkan Sungai Kim Kim semula.

"Tindakan undang-undang selanjutnya akan diambil terhadap premis itu mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) kerana melakukan kesalahan berkenaan.

"Penerbangan dron dan pengujian air (analisis suhu dan nilai pH) juga sudah dijalankan di sekitar kawasan diadu untuk memantau kesan pencemaran di Sungai Kim Kim.

"JAS ingin mengingatkan kepada mana-mana sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran, atau berdepan dengan tindakan tegas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan misteri pencemaran bau dialami penduduk Kampung Bukit Pulai, di sini, Rabu lalu terjawab apabila JAS Johor mengesan kegiatan pelepasan air sisa daripada premis bukan industri di Sungai Kim Kim oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian jam 10 malam pada 28 Julai lalu, penduduk berhampiran kampung itu dilaporkan mendakwa, terdapat bau busuk dan dikhuatiri menambahkan lagi tekanan penduduk di kawasan terbabit ketika pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, tindakan pantas JAS Johor bermula selepas menerima aduan penduduk, kira-kira 10 malam Rabu lalu.

Katanya, berikutan status Sungai Kim Kim sebagai sungai berisiko serta berada dalam senarai teratas pemantauan kerajaan negeri, JAS Johor segera menjalankan siasatan susulan aduan penduduk berhubung air hitam dan berbau busuk di Sungai Kim Kim, di Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang.

"Ketika anggota JAS tiba di lokaso kejadian, air sungai memang didapati bewarna hitam dan berbau busuk.

"Selanjutnya pasukan penyiasat JAS telah menyusuri sekitar kawasan Sungai Kim Kim dan siasatan awal mendapati pencemaran disyaki berpunca daripada pelepasan air sisa buangan dari sebuah premis bukan industri.

"Khamis lalu pula, melalui siasatan susulan yang dijalankan, didapati premis berkenaan sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sehingga menyebabkan berlakunya pelepasan air sisa buangan tanpa dirawat mengalir memasuki sungai berhampiran.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/737295/premis-cemar-sungai-kim-kim-diarah-henti-pelepasan

 

 

 

2.        Ais di Greenland mencair kira-kira 8 bilion tan sehari

 

1 Ogos 2021

 

 

Copenhagen: Lapisan ais di Greenland mencair kira-kira lapan bilion tan sehari akibat gelombang panas. Lapisan ais meliputi wilayah Artik itu mencair selepas suhu melebihi 10 darjah Celsius berbanding musim biasa.

Laman web Polar Portal mendedahkan penyelidik Denmark menyatakan sejak Rabu lalu, lapisan ais mencair dua kali ganda daripada kadar purata normalnya pada musim panas.

Institut Meteorologi Denmark berkata, ketika ini suhu melebihi 20 darjah Celsius iaitu lebih dua kali suhu purata musim panas biasa direkodkan di utara Greenland.

Di lapangan terbang Nerlerit Inaat di timur laut wilayah itu mencatat 23.4 darjah Celsius pada Khamis lalu antara yang tertinggi dicatatkan di wilayah itu setakat ini.

Berikutan gelombang panas yang mempengaruhi sebahagian besar Greenland, ais yang mencair itu diibaratkan mampu menenggelamkan Florida dengan ketinggian lima sentimeter (sm).

Sebelum ini, runtuhan ais terbesar di Greenland iaitu pada musim panas 2019, namun kali ini ia lebih besar dan cepat.

Lapisan ais mula mencair bermula 1990 dan berterusan sejak 2000, malah dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih kurang empat kali ganda situasi itu berlaku.

Lapisan ais Greenland adalah jisim ais air tawar terbesar kedua di bumi dengan jarak hampir 1.8 juta kilometer persegi, iaitu kedua selepas Antartika.

Satu kajian Eropah yang diterbitkan pada Januari lalu mengatakan permukaan laut akan meningkat antara 10 sm dan 18 sm menjelang 2100 atau 60 peratus lebih cepat daripada tempoh diramal.

Sekiranya semua lapisan ais Greenland mencair, ia akan meningkatkan permukaan laut sebanyak enam hingga tujuh meter.

https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/08/737291/ais-di-greenland-mencair-kira-kira-8-bilion-tan-sehari

 

 

3.        Kedah nafi wujud ratusan kilang kitar semula

1 Ogos 2021

 

 

SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri Kedah menafikan dakwaan terdapat ratusan kilang kitar semula yang membakar sisa serta tidak boleh dikitar semula.

Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Kedah, Dr Robert Ling Kui Ei berkata, setakat ini pihaknya mengenal pasti kira-kira 20 buah kilang haram telah ditutup sejak setahun lalu.

Menurut beliau, dasar kerajaan negeri bawah pentadbiran baharu telah menetapkan bahawa industri kitar semula plastik akan dipusatkan di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau dalam masa dua tahun selepas lengkap pembangunan infra.

"Usaha ini bagi mengawal dan membawa keluar industri ini dari kawasan bandar Sungai Petani," katanya kepada media di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) pada Ahad.

Hadir sama, Yang Dipertua MPSPK, Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Norazizi Adinan dan Ketua Cawangan Jas Sungai Petani, Ya Mohammad Nazir Syah Ismail.

Beliau berkata demikian mengulas artikel yang diterbitkan oleh sebuah portal bertarikh 29 Julai 2021 yang mendakwa terdapatnya ratusan kilang kitar semula yang menyebabkan pencemaran di Sungai Petani.

Robert berkata, MPSPK menerima tiga permohonan dari industri kitar semula yang juga telah mendapat kelulusan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

"Kilang plastik kitar semula haram juga telah banyak ditutup kira-kira 20 buah sejak setahun yang lalu hasil dari dasar kerajaan ini dan ia terkawal.

"Hanya tinggal satu kilang kitar semula yang mempunyai permit import (AP) dan satu penggunaan plastik tempatan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri Kedah juga menafikan dakwaan bahawa sebuah kilang berasaskan kayu bersebelahan sebuah pasar raya melepaskan asap hitam yang teruk setiap hari.

"Kilang yang didakwa tersebut mempunyai sistem kawalan pencemaran udara (SKPU) dan pelepasan asap tersebut direkodkan menggunakan transmisometer mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014," katanya.

Selain itu, ujarnya, indeks pencemaran udara (IPU) di Sungai Petani juga menunjukkan bacaan baik dan sederhana sepanjang tahun.

"Semakan dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda pula mendapati tiada peningkatan kes berkaitan pernafasan seperti yang didakwa termasuk Upper Respiratory Tract Infection (URTI), asma dan conjunctivitis," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, tiada kebakaran yang melibatkan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Semeling yang berlaku dalam tempoh terdekat ini seperti dakwaan terbabit memandangkan tapak itu telah ditutup sejak Mac lalu.

"Sehubungan itu, kita ingin mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan umum di mana kenyataan yang tidak tepat dan tidak berfakta boleh menyebabkan panik serta memberi kesan terhadap pelaburan industri di negeri ini," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/153154/EDISI/Kedah-nafi-wujud-ratusan-kilang-kitar-semula

 

4.        JAS Johor siasat individu cemar Sungai Kim Kim

1 Ogos 2021

 


JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) sedang menyiasat individu yang disyaki bertanggungjawab dalam pencemaran Sungai Kim Kim, Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang di sini, kata Pengarahnya, Dr Mohd Famey Yusoff.


“Pegawai penyiasat JASNJ masih menjalankan siasatan terperinci dan mengumpul kesemua bahan bukti,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, JAS dalam satu kenyataan berkata, pasukan Unit Penguat Kuasa Industri JAS yang menjalankan siasatan mendapati air sungai itu berwarna hitam selain mengesan bau busuk sepertimana aduan diterima dan telah mendapatkan butiran maklumat kejadian daripada penduduk sekitar.

“Siasatan awal mendapati pencemaran disyaki berpunca daripada pelepasan air sisa daripada premis bukan industri yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sehingga menyebabkan air sisa tanpa dirawat mengalir memasuki sungai berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Seorang penduduk di Kampung Bukit Pulai, dekat Pasir Gudang di sini, mendakwa sudah biasa menghidu bau busuk dari Sungai Kim Kim lebih 20 tahun lalu, namun warna air sungai yang hitam seperti kopi O dengan bau yang meloyakan pertama kali berlaku.

Ahmad Ali, 59, yang menetap di kampung itu sejak 1992 berkata, pencemaran terbaharu di sungai itu dikesan empat hari lepas.

"Pada mulanya ketika udara berbau busuk, hendak makan pun tidak berselera, namun saya fikirkan ia perkara biasa, tetapi ketika jam 6 petang, sewaktu membawa cucu bersiar-siar, saya melihat sungai di belakang rumah menjadi warna kehitaman dan sangat busuk," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini pada Ahad.

https://www.sinarharian.com.my/article/153195/EDISI/JAS-Johor-siasat-individu-cemar-Sungai-Kim-Kim

 

 

5.        Jaga langkah anda , jangan terpijak tanglung pari-pari dalam hutan

1 Ogos 2021

 

 

PETALING JAYA :Bagi mereka yang selalu mendaki gunung dan menikmati suasana dalam hutan, pernahkah anda perhatikan tumbuhan kecil seumpama tanglung pari-pari di denai hutan?

Tanglung pari-pari (fairy lantern) dengan nama saintifik Thismia spp. merupakan tumbuhan berbunga kecil yang tumbuh di tanah kawasan berhutan. Ia tidak menjalankan fotosintesis malah mengamalkan hubungan simbiosis dengan kulat yang membekalkan makanan (habit mikoriza).

Baru-baru ini, pakar botani Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Siti Munirah Mat Yunoh bersama Dr Chris Thorogood, penyelidik di Oxford Botanic Garden,

University Oxford serta penyelidik bebas yang juga jurugambar profesional Dome Nikong telah bekerjasama menerbitkan spesies baharu yang dijumpai di Hutan Simpan Hulu Nerus, Terengganu.

Spesies tersebut telah dinamakan Thismia sitimeriamiae, sempena nama ibu kepada Dome (Puan Siti Meriam) yang banyak mendorong dan menyokong kerjaya beliau dalam pemuliharaan spesies terancam di Terengganu.

Sehingga hari ini, terdapat 39 spesies Thismia dijumpai di Malaysia (16 di Semenanjung Malaysia). Siti Munirah juga telah menerbitkan beberapa spesies baharu, iaitu Thismia belumensisT. domeiT. terengganuensis dan T. kelantanensis.

Berdasarkan garis panduan Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Mengenai Pemuliharaan Semula Jadi (IUCN), kesemua spesies baharu yang diterbitkan kebelakangan ini adalah spesies tanglung pari-pari tergolong dalam kategori terancam. Ini adalah kerana, status habitatnya yang sensitif kepada sebarang gangguan dan aktiviti manusia atau pun haiwan.

Pemuliharaan biodiversiti dalam negara kita sangat penting kerana terdapat  khazanah yang masih belum dijumpai atau diberikan nama oleh saintis. Penemuan spesies baharu menunjukkan kepentingan aktiviti penyelidikan biodiversiti yang perlu diteruskan dengan lebih rancak lagi seiring dengan usaha pemeliharaan hutan kita demi kelestarian khazanah biodiversiti negara.

Menurut Siti Munirah penemuan spesies berkenaan menunjukkan hutan tropika dimiliki negara ini kaya dengan spesies yang unik yang tiada di tempat lain di dunia dengan merujuk spesies baharu yang dijumpai di Terengganu.

“Oleh kerana figura Thismia ni sangat kecil, selalunya tidak terperasan oleh mata kita masih banyak aspek yang tidak diketahui tentang kebanyakan spesies ini

“Pentingnya aktiviti berkaitan hutan untuk menjalankan prosedur yang lestari dan mengambil kira semua jenis kepelbagaian bodiversiti, tidak semestinya hanya pokok besar tetapi si Thismia yang kecil juga menyumbang kepada ekosistem hutan tropika kita yang dinamik “ ujarnya kepada Utusan Online

Berkongsi lebih lanjut Siti Munirah berkata, bagi spesies Thismia sitimeriamiae, ia kali pertama pertama kali dijumpai pada 2019 oleh Dome, kemudian sebelum beliau saya ke juga ke lokasi pada feb 2020

Bagi Thismia sitimeriamiae, untuk sehingga kini, hanya direkodkan dijumpai di lokaliti asal sahaja. Tiada lagi maklumat ianya dijumpai ditempat lain

Beliau berkata, kebanyakan spesies yang muncul dan diterbitkan dari Semenanjung Malaysia semua endemik

Thismia belumensis endemik Hutan Royal Belum, Thismia kelantanensis endemik Gunung Chamah Kelantan, Thismia domei dan Thismia terengganuensis endemik Terengganu, “ujarnya lagi.

Antara spesies yang bukan endemik adalah Thismia iaitu taburannya di beberapa negeri di Semenanjung juga ditemukan di Thailand.

Berdasarkan rekod Thismia fumida pernah dijumpai di Petaling, Selangor (collections made by Ridley in the 1880.)

Justeru katanya, perubahan status sesuatu hutan yang tidak lestari di samping tiada usaha konservasi (ex-situ) akan memberi kesan ekstrem pada status sesuatu spesies yang menjadi aset biodiveriti negara kita

Bagi spesies Thismia sitimeriamiae, harapannya hutan Hulu Nerus akan terus kekal sebagai hutan sihat tanpa ada aktiviti lain untuk mengubahnya.

Ini kerana penemuan pelbagai spesies unik membuktikan lantai hutannya sangat sihat dan perlu terus dilindungi, malahan hutan tersebut sesuai untuk di perkasakan dari sudut pendidikan kepelbgaian biodiversiti hutan dan kepentingannya kepada manusia kerana lokasinya yang dikira agak tidak jauh dari Kuala Terengganu pusat ekoupelanconghan

Malahan Hutan Simpan Nerus menawarkan pelbagai jenis vegetasi dari tanah rendah kepada gunung, keunikan sungai, dengan warna airnya dan strukturnya sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat- UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/jaga-langkah-anda-jangan-terpijak-tanglung-pari-pari-dalam-hutan/

 

6.        Residents claim latest pollution of Sungai Kim Kim caused by sewage waste

1 Ogos 2021

 

 

JOHOR BARU: Residents in Kampung Bukit Pulai, near Pasir Gudang here, claim that they are used to foul odour emanating from Sungai Kim Kim for more than 20 years but it is the first time they are seeing the black coffee-coloured river water.

Ahmad Ali, 59, who has lived in the village since 1992, said the latest pollution in the river four days ago (July 28) was allegedly caused by waste from a sewage treatment plant (STP).

"It is learned that the pollution is due to leaks or sewage spills but I am not sure which one because there are four to five sewage plants nearby with the closest plant in Taman Pasir Putih, is about 200 metres away from my house.

"At first, when the odour was in the air, I didn't even want to eat...but I thought it was normal. At 6pm, while taking my grandchildren for a walk, I saw the river behind the house had turned black and it was very smelly," he said when met by reporters at his residence, here, today.

Another resident, Noorma M. Noor, 54, said she and her two children seemed to be "immune" to the stench that had occurred in the area over the past few years but hoped the problem could be addressed immediately for the residents' comfort and safety.

"I am very disappointed. Before it only smelled bad but this time there is black residue in the river. We were relieved of chemical pollution two years ago but now the residents are being tested with sewage pollution. Fortunately, it rained yesterday so today the water has cleared up," she said.

At the same time she praised the swift action of the Johor Department of Environment (Johor DOE) which did a follow-up using drones and water testing after receiving complaints from the public about the river's black water and bad odour.

A survey at the scene by Bernama found that the colour of river water has improved due to the heavy rain since this morning but the unpleasant smell is still in the air in the surrounding area.

Meanwhile, Johor DOE director Dr Mohd Famey Yusoff when contacted said his department was investigating individuals suspected of being involved in the pollution of Sungai Kim Kim in Kampung Bukit Pulai, Pasir Gudang.

"The Johor DOE investigating officer is still conducting a detailed investigation and collecting all the evidence," he said.

Meanwhile, Johor Health and Environment Committee chairman R. Vidyananthan, in a separate statement, reminded any sector allowed to operate during the Movement Control Order period to comply with the Environmental Quality Act 1974 and not cause pollution.

Yesterday, Johor DOE reportedly conducted an investigation into complaints from the public claiming that the Sungai Kim Kim was polluted with a foul smell and its waters was black on July 28. –BERNAMA

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/08/713937/residents-claim-latest-pollution-sungai-kim-kim-caused-sewage-waste

 

 

7.        Harimau Malaya diancam pembelot

2 Ogos 2021

 

 

SHAH ALAM - Ketidaktelusan jati diri warga tempatan yang terlibat dalam jenayah pemburuan Harimau Malaya atau harimau belang (Panthera tigris jacksonii) menyumbang kepada kepupusan hidupan liar itu.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, jumlah terbaharu Harimau Malaya yang direkodkan di hutan negara adalah kurang daripada 200 ekor.

Angka itu, jelas Abdul Kadir, mencatatkan penyusutan yang ketara dan beliau tidak menafikan terdapat pembabitan warga tempatan dalam kegiatan pemburuan spesies haiwan liar ini.

“Hal ini benar dan memang ada penglibatan warga tempatan.

“Siasatan kita (Perhilitan), mendapati mereka ini terdiri daripada dua kumpulan. Satu, kumpulan sebagai pemberi maklumat kepada pemburu haram dan satu lagi kumpulan adalah pemburu haram.

“Pemberi maklumat ini biasanya terdiri daripada penduduk berhampiran kawasan hutan. Misalnya, Kampung A, di Pahang. Pemburu haram dari negeri luar datang ke kampung terbabit meronda dan meminta orang kampung salurkan maklumat berkenaan Harimau Malaya atau harimau belang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, penduduk kampung akan memberitahu info dari segi penemuan tapak harimau mahupun kehadiran haiwan liar itu sendiri.

Jelasnya, pemburu haram yang menerima maklumat terbabit akan datang ke kawasan yang dimaklumkan.

“Di sini, pemburu akan beri duit kopi kepada pemberi maklumat minimum RM50,” dedahnya.

Tambah Abdul Kadir lagi, kegiatan pemburuan Harimau Malaya ini akan menyumbang kepada kepupusan hidupan liar terbabit sekali gus menjejaskan ekosistem.

Tegasnya, Perhilitan akan meneruskan penguatkuasaan untuk membanteras sebarang bentuk jenayah hidupan liar dan mempertahankan spesies hidupan liar terutamanya spesies Harimau Malaya daripada terus menjadi mangsa pemburuan.

“Kita minta rakyat tempatan tidak terlibat dalam kegiatan pemburuan haram. Salurkan maklumat jika kesan kegiatan terbabit,” rayu beliau.

Hari Harimau Sedunia disambut pada 29 Julai setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penurunan populasi mamalia itu bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Tema pada tahun ini ialah Their survival is in our hands.

https://www.sinarharian.com.my/article/153208/BERITA/Semasa/Harimau-Malaya-diancam-pembelot

 

Comments

Popular Posts