KERATAN AKHBAR BERKAITAN ALAM SEKITAR 4 OGOS 2021

  

1.        MAREA bantu urus kitar semula

2 Ogos 2021

 


Statistik merekodkan kadar kitar semula keseluruhan di Malaysia masih rendah, sekitar 30 peratus untuk sisa am.


Masih ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak mengasingkan sampah untuk dikitar semula dan terus membuangnya dalam tong sampah sebelum ia dibawa ke tempat pelupusan sampah.

Kesedaran terhadap kepentingan mengitar semula barang masih kurang dalam kalangan masyarakat di negara ini. Malah, ketika pandemik Covid-19, jumlah sampah dilihat semakin bertambah berikutan ramai yang membeli barang dan makanan secara dalam talian.

Oleh itu, adalah penting masyarakat di negara ini memainkan peranan penting dengan mula mengasingkan sisa yang sesuai untuk dikitar semula bermula dari rumah. Selain itu, kita juga boleh membawa barang kitar semula ke kedai barang terpakai atau pusat pengumpulan barang kitar semula.

Bagaimanapun, perlu diakui sehingga kini pusat seumpama ini belum banyak di negara ini.

Menyedari kesan yang semakin memudaratkan alam sekitar akibat sisa pembungkusan pengguna, pemain industri dalam sektor barangan pengguna cepat laris (FMCG) berganding bahu menubuhkan Malaysian Recycling Alliance Berhad (MAREA).

MAREA yang ditubuhkan pada 4 Januari lalu membolehkan sekumpulan Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) pimpinan industri sukarela yang terdiri daripada syarikat dengan matlamat memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan rantaian nilai dan menambah baik pengumpulan dan mengitar semula sisa pembungkusan pengguna.

Perikatan ini dianggotai 10 ahli iaitu Coca-Cola Malaysia, Colgate-Palmolive Malaysia, Dutch Lady Milk Industries, Etika Group of Companies, Fraser & Neave Holdings Bhd, Mondelēz International, Nestlé Malaysia, Spritzer, Tetra Pak Malaysia dan Unilever Malaysia. Sebagai pengeluar, MAREA turut rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama dengan pihak berkepentingan lain bagi menguruskan sisa pembungkusan pengguna. Industri FMCG sudah lama menyokong pentingnya menguruskan dan kitar semula sisa pembungkusan yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, ia hanya boleh dilaksanakan jika sisa dikumpulkan untuk dikitar semula oleh sektor pengurusan sisa atau disusun dari sisa campuran. Malah, matlamat MAREA adalah meningkatkan kutipan, menggalakkan penggunaan bahan kitar semula dan boleh diperbaharui serta mengurangkan ketirisan sisa pembungkusan pengguna ke alam sekitar.

MAREA menggalakkan pelupusan sisa pembungkusan plastik pengguna yang lestari menerusi aktiviti kitar semula. Usaha mengubah tingkah laku pengguna juga penting dalam agenda kelestarian dan matlamat ini hanya dapat dicapai menerusi program berterusan dan berkesan yang akan dilaksanakan bersama rakan kerjasama dan pihak berkepentingan lain.

Sebagai pemimpin industri, ahli MAREA memutuskan untuk mengambil tindakan proaktif dengan mewujudkan platform EPR pertama demi menambah baik cara sisa pembungkusan pengguna diuruskan di Malaysia.

MAREA akan menilai semula bagaimana boleh menjadikan rantaian nilai pembungkusan lebih lestari dari segi alam sekitar. Bagaimanapun, perubahan tidak boleh dipacu oleh satu entiti semata-mata dan memerlukan kerjasama proaktif antara syarikat FMCG, penggubal dasar, syarikat kitar semula dan pihak berkepentingan yang berkongsi aspirasi yang sama.

Kemajuan dalam kelestarian pembungkusan menjadi keutamaan tinggi bagi syarikat ahli MAREA, yang masing-masing mempunyai inisiatif dan langkah tersendiri untuk menangani kesan alam sekitar akibat sisa pembungkusan.

Antara perkara awal yang perlu dilaksanakan MAREA ialah mengukuhkan kerjasama awam-swasta dan meningkatkan pendidikan serta kesedaran pengguna mengenai cara untuk melupuskan sisa pembungkusan dengan lebih baik.

MAREA komited bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan lain yang berhasrat untuk mencapai matlamat membina kitaran ekonomi yang bertujuan menjadikan Malaysia lebih bersih dan hijau.

Satu skim insentif akan dilaksanakan menerusi projek perintis di mana sisa pembungkusan pengguna, termasuk botol polietilena tereftalat  (PET), kotak minuman terpakai (UBC), polietilena kepadatan tinggi (HDPE) dan pembungkusan fleksibel akan dikumpulkan dan disalurkan kepada penyedia perkhidmatan kitar semula tempatan

Selain itu, MAREA aktif menjalankan kempen kesedaran berkenaan pengurusan sampah dan kitar semula di media sosial. Ketika ini, aktiviti turun padang bersama komuniti belum boleh dijalankan.

Oleh itu, penggunaan media sosial dengan menghasilkan video bertujuan mendidik orang ramai mengenai kesan pembuangan sampah yang tidak terurus dan panduan mengitar semula.

Penulis ialah Pengurus Besar Malaysian Recycling Alliance Berhad (MAREA)

https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/08/737638/marea-bantu-urus-kitar-semula

 

2.        Siasat pencemaran parit Paya Mahang – SAM

 3 Ogos 2021

 


 

Pulau Pinang dan pihak berkuasa berkaitan menyiasat dan menyelesaikan segera masalah pencemaran air dari Parit D3 – Paya Mahang di Seberang Perai Selatan (SPS) di sini. 

Presidennya, R. Meenakshi berkata, pencemaran air parit terbabit yang kotor, berbau, berkelodak dan seakan-akan berminyak dapat dilihat dengan jelas dari jalan utama di kawasan tersebut. 

Menurut beliau, pihaknya telah membangkitkan isu itu kepada pihak-pihak berkenaan, namun tiada tindakan berkesan diambil sehingga kini. 

Malah jelasnya, apa yang dapat dilihat ketika ini juga ialah kualiti air semakin buruk dan saliran air dari parit yang tercemar itu menuju ke lembangan Sungai Jawi seterusnya ke muara Sungai Jawi dan akhirnya ke laut. 

“Maklum balas yang diterima kita daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ialah antara punca parit menjadi hitam dan kotor adalah disebabkan berlakunya aktiviti penternakan babi di persekitaran Parit D3 (Paya Mahang). 

“Malah dilaporkan air dari ladang ternakan berkenaan mengalir secara terus ke dalam parit berdekatan dan seterusnya masuk ke dalam parit yang dimaksudkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Meenakshi, adalah jelas pencemaran di parit itu sudah lama berlaku dan diketahui pihak berkuasa namun masalah tersebut seolah-olah tiada kesudahan. 

“Kita percaya jika masalah pencemaran di Parit D3 ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang  kawalan dan penguatkuasaan, maka sampai bila-bila pun perkara ini tidak akan selesai. 

“Sebaliknya, masalah ini akan menjadi lebih rumit dan menelan kos yang sangat tinggi sekiranya projek pemulihan dirancang oleh pihak kerajaan negeri pada masa akan datang,” katanya. 

Sehubungan itu tambahnya, SAM menyarankan pihak berkuasa berkaitan mengadakan operasi bersepadu serta mengenakan tindakan yang lebih tegas dan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan pencemaran tersebut. – UTUSAN ONLINE 

https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/siasat-pencemaran-parit-paya-mahang-sam/

 

 

 

3.        Keseimbangan biodiversiti kekang penyakit bawaan haiwan

3 Ogos 2021

 

 

SEPERTI dilaporkan, COVID-19 berasal daripada kelawar dan ditularkan kepada manusia melalui haiwan perantara yang belum diketahui di Wuhan, China pada 2019.

Kini, ia menyebar cepat ke seluruh dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai kecemasan kesihatan.

Ketidakstabilan alam sekitar mempengaruhi wabak ini cepat merebak kepada manusia. Lantas, perlu dilihat bagaimana langkah pemuliharaan alam sekitar mampu memberi nilai tambah dinamik untuk mencegah risiko penularan penyakit berjangkit sebegini kepada orang ramai?

Ekosistem bumi diubah proses antropogenik, termasuk penggunaan tanah, penuaian populasi, pengenalan spesies dan perubahan iklim. Antropogenik adalah kesan dan tindak balas manusia ke atas alam sekitar.

Proses antropogenik mengubah komuniti tumbuhan dan haiwan, sehingga mengubah penularan patogen zoonotik yang dibawa.

Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), sejumlah 60 peratus daripada semua penyakit berjangkit pada manusia adalah zoonotik kerana 75 peratus daripada semua penyakit berjangkit yang muncul, dengan kata lain datang melalui haiwan.

SEPERTI dilaporkan, COVID-19 berasal daripada kelawar dan ditularkan kepada manusia melalui haiwan perantara yang belum diketahui di Wuhan, China pada 2019.

Kini, ia menyebar cepat ke seluruh dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai kecemasan kesihatan.

Ketidakstabilan alam sekitar mempengaruhi wabak ini cepat merebak kepada manusia. Lantas, perlu dilihat bagaimana langkah pemuliharaan alam sekitar mampu memberi nilai tambah dinamik untuk mencegah risiko penularan penyakit berjangkit sebegini kepada orang ramai?

Ekosistem bumi diubah proses antropogenik, termasuk penggunaan tanah, penuaian populasi, pengenalan spesies dan perubahan iklim. Antropogenik adalah kesan dan tindak balas manusia ke atas alam sekitar.

Proses antropogenik mengubah komuniti tumbuhan dan haiwan, sehingga mengubah penularan patogen zoonotik yang dibawa.

Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), sejumlah 60 peratus daripada semua penyakit berjangkit pada manusia adalah zoonotik kerana 75 peratus daripada semua penyakit berjangkit yang muncul, dengan kata lain datang melalui haiwan.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/08/846504/keseimbangan-biodiversiti-kekang-penyakit-bawaan-haiwan

 

4.        'Awang Belantik' suka makan cempedak sudah ditangkap

3 Ogos 2021

 


 

Sik: Gajah jantan yang memusnahkan tanaman penduduk di Kampung Kubang Belantik, di sini, berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam.

Pengarah Perhilitan Kedah Jamalun Nasir Ibrahim berkata, gajah berusia antara 18 hingga 20 tahun dengan berat dianggarkan dua tan berkenaan ditangkap di kebun getah kira-kira 11 pagi

Katanya, operasi menjejaki mamalia oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Kedah itu mengambil masa kira-kira dua jam sebelum berjaya ditangkap.

"Gajah jantan itu ditangkap susulan aduan penduduk apabila tanaman mereka dirosakkan oleh gajah terbabit menyebabkan mereka mengalami kerugian.

"Gajah ini dipercayai lebih aktif masuk kawasan kampung ketika musim buah-buahan, ia gemar makan cempedak, durian, pisang dan buah-buahan lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jamalun berkata, gajah yang dinamakan 'Awang Belantik' itu tidak bertindak agresif ketika operasi tangkapan dilakukan berikutan ia sudah biasa dengan penempatan manusia.

Katanya, gajah berkenaan dipercayai terpisah daripada kumpulannya dan mencari makan secara bersendirian sejak akhir-akhir ini.

"Kira akan pindahkan gajah ini ke Hutan Simpan Belum, Temenggor, Perak pada Khamis ini dengan bantuan dua gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

"Gajah ini sudah ditambat dan dipantau oleh anggota bertugas sebelum pasukan PKNK Kuala Gandah dijangka tiba pagi esok untuk mulakan proses untuk memindahkan gajah ini ke sana," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/738125/awang-belantik-suka-makan-cempedak-sudah-ditangkap

 

Comments

Popular Posts