KERATAN AKHBAR BERKAITAN ALAM SEKITAR 31 JULAI 2021
1. 10 Negara Paling Banyak Membazir Makanan
30 Julai 2021
Pada hari ini, dianggarkan sekitar 820 juta orang manusia sedang
mengalami kebuluran. Bahkan, satu pertiga daripada populasi dunia mengalami masalah
kekurangan zat makanan. Masalah ini merupakan perkara biasa di benua Afrika.
Pada masa yang sama, sebahagian manusia di tempat lain pula membuang
makanan mereka ke dalam tong sampah. Makanan yang dibazirkan termasuklah sisa
makanan dan bahan mentah yang tamat tempoh
Berikut adalah 10 negara yang paling banyak membazir makanan.
10. Norway
Norway terkenal sebagai salah sebuah negara paling selamat untuk
didiami.Sistem penjagaan kesihatan negara itu juga adalah antara yang
terbaik.Namun, negara itu mempunyai masalah pembaziran makanan. Kebanyakan
makanan di Norway adalah diimport dari luar dan hanya tigaperatus sahaja tanah
di negara itu digunakan untuk pertanian. Norwaydianggarkan membuang sisa makanan
sebanyak 335,000 tan metrik makanansetiap tahun. (sumber)
9. Finland
Tidak seperti negara-negara jirannya yang mengimport makanan dari
luar,Finland merupakan hab pengeluar makanan di Skandinavia. Malangnya,mereka
juga antara negara tertinggi membazirkan makanan. Restoran, hotel dan kafe
merupakan penyumbang terbesar dalam pembaziran makanan seperti roti,
buah-buahan, kentang dan produk tenusu. Secara purata, seorang penduduk Finland
membazirkan kira-kira 550kg makanan setahun.
8. Malaysia
Ketika kadar kemiskinan di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke
tahun,kadar pembaziran makanan di negara kita berada pada tahap membimbangkan.
Penduduk kawasan bandar adalah yang paling tinggi membazirkan makanan. Sebagai
negara yang mempunyai banyak hasil pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran
adalah penyumbang terbesar kepada sisa makanan di Malaysia. Menurut SWCorp,
dianggarkan kira-kira 24 peratus (bersamaan 4,005 tanmakanan yang masih elok)
terbuang begitu sahaja. Makanan yang dibazirkan ini sepatutnya boleh diagihkan
kepada hampir 3 juta rakyat yang memerlukanuntuk tiga kali makan bagi tempoh
sehari. (sumber)
7. United
Kingdom
Sama seperti Malaysia, secara puratanya seorang penduduk UK membazirkan kira-kira
560kg makanan dalam setahun. Hampir 80 peratus pembaziran makanan dihasilkan
oleh kediaman persendirian. United Kingdom yang merupakan salah sebuah negara
termaju dunia ini mengimport hampir 40 peratus makanan dari luar negara. Harga
bahan mentah yang murah di negara ini juga menjadi penyumbang kepada pembaziran
makanan.
6. Netherlands
Negara yang mempunyai sistem pertanian paling canggih di dunia ini
jugamempunyai masalah dalam pembaziran makanan. Secara purata, seorangrakyat
Netherlands membazirkan makanan sebanyak 610kg setiap tahun. Dianggarkan
sebanyak 42 peratus daripada sisa makanan di negara ini datang daripada
pengguna manakala selebihnya adalah daripada sektor peruncit atau industri
makanan.
5. Canada
Canada merupakan salah satu negara maju di dunia yang mempunyai masalah pembaziran
makanan. Secara purata, seorang penduduk Canada membazirkan sebanyak 640kg
makanan di mana 1/8 daripadanya datang daripada dapur rumah. Sebahagian besar pembaziran disumbangkan oleh
hotel, restoran dan perniagaan runcit. Toronto adalah bandar paling tinggi
membuang sisa makanan di Canada. (sumber)
4. Denmark
Satu lagi negara Skandinavia dalam senarai ini. Pada tahun 2019, Denmark
dinobatkan sebagai negara terbaik untuk didiami. Sistem kesihatan,pengangkutan
dan taraf hidup di Denmark adalah antara yang terbaik. Sama seperti Norway,
kebanyakan makanan di Denmark diimport dari luar.Hanya dua peratus sahaja tanah
di negara ini digunakan untuk penghasilan makanan. Makanan segar yang diimport tidak
bertahan lama menyebabkanberlakunya banyak pembaziran. Pihak kerajaan Denmark
berusaha meningkatkan kesedaran rakyat tetapihasilnya begitu sedikit. Secara
purata, setiap rakyat negara itu membazirsebanyak 660kg makanan dalam setahun.
3.
Australia
Dianggarkan secara puratanya seorang penduduk Australia membazirkan makanan
sebanyak 690 kg setahun. Golongan muda yang gemar membuang lebihan makanan dan
menyimpan makanan sehingga tamat tempohmenyumbang kepada masalah ini. Tambahan
pula, penjual dan pembeli di Australia memilih kualit imakanan dan bahan mentah
terbaik menyebabkan banyak barangan import di-reject sebelum memasuki
pasaraya. (sumber)
2.
Singapura
Sebagai negara yang mengimport 90 peratus makanannya, Singapura membazirkan
kira-kira 774,000 tan makanan setiap tahun. Nasi, mee dan rotiadalah makanan
yang paling banyak terbuang. Secara puratanya, seorang penduduk Singapura
membazirkan sebanyak 730kg setahun. Pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan
negara itu bagi memberi kesedaran kepada rakyatnya agar lebih berhemah dalam
pengurusan makanan. (sumber)
1.
Amerika Syarikat
Sama seperti Australia, pembeli dan penjual di negara ini hanya
mahukanmakanan dan bahan mentah yang terbaik sahaja. Hanya 50 peratus tanaman
di Amerika yang berjaya memasuki rak pasaraya. Jika tidak habis terjual, ia
juga akan dibuang. Saiz hidangan yang besar di negara itu juga merupakan salah
satupenyumbang kepada pembaziran makanan. Secara purata, seorang penduduk Amerika
membazirkan sebanyak 760kg makanan setahun. Jumlah pembaziranmakanan di negara
itu dianggarkan bernilai RM 211 bilion setahun.
https://iluminasi.com/bm/10-negara-dengan-rakyat-yang-paling-banyak-membazir-makanan.html
2. Mass
flowering: Research findings important for forest conservation and restoration
27 Julai 2021
KUALA
LUMPUR, July 30 -- Research findings on the mass flowering phenomenon as well
as activities and strategies carried out by organisations are vital to ensure
the collection of seeds for the production of planting materials for forest
conservation and restoration.
According
to Forest Research Institute Malaysia (FRIM), many of Malaysia’s dipterocarp
forests are undergoing mass flowering at the moment, with a “mosaic” of colours
observed in the canopy of many rainforests and it is a unique phenomenon that
usually occurs intermittently but sometimes it may see intervals of many years.
FRIM director-general Dr Ismail Parlan said with the input gained from
the research, various agencies involved in forest conservation and restoration
are able to discuss and form a network for future collaborations.
“I
hope the findings obtained through the various studies presented during this
webinar would shed some light on the issues and challenges as well as
opportunities related to making plant materials available for forest restoration
and conservation projects,” he said.
Ismail
said this in his opening speech at a webinar on “Mass Flowering of the
Malaysian Rainforest: Capitalising on the Event for Mass Production of Planting
Materials” held today.
The session was the second series of webinars in conjunction with
Greening Malaysia: The 100 Million Tree-Planting Campaign 2021-2025 which was
launched in January, with nearly 1,200 participants from several countries
including Malaysia, Thailand, Philippines, Indonesia, Japan and Australia.
Co-organised
by the Energy and Natural Resources Ministry (KeTSA), FRIM and The Habitat
Foundation, the session disclosed interesting research findings on mass
flowering as well as strategies and activities undertaken by various agencies
and organisations.
Meanwhile,
FRIM head of Seed Technology Laboratory, Forestry Biotechnology Division Nashatul
Zaimah Noor Azman in her session said the mass fruiting season is expected
following the mass flowering, and therefore with the abundance of seeds available,
many planting and conservation programmes can be implemented.
However,
she noted that prior to that, the collected seeds have to be tested to ensure
only the good, healthy and high germination percentages of seeds are used.—BERNAMA
https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1987590
3.
Saintis temukan
SpongeBob dan Patrick Star sebenar di dasar laut
30 Julai 2021
NEW YORK: Sejak pertama kali
bersiaran pada 1999, siri animasi SpongeBob SquarePants menjadi antara kartun
paling diminati di seluruh dunia.
Siri kartun terbitan
Nickeledeon itu menampilkan watak utamanya iaitu sekeping span berwarna kuning
bernama SpongeBob dan rakan baiknya yang merupakan tapak sulaiman bernama
Patrick Star.
Lapor Daily Mail, seorang
saintis marin berpeluang bertemu dengan SpongeBob dan Patrick Star ‘sebenar’ di
dasar laut.
Christopher Mah yang
berkhidmat di National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menemukan
‘span’ berwarna kuning dan tapak sulaiman berwarna merah jambu ketika melakukan
selaman menggunakan kenderaan kawalan (ROV) di dasar laut di New York City.
Mah turut memuat naik gambar
penemuan itu ke dalam Twitternya.
Jelas Mah, objek berwarna
kuning yang kelihatan seperti span itu dinamakan Hertwigia dan tapak sulaiman
itu adalah Chondraster.
“Saya tidak menyangka akan
menemukan hidupan laut serupa seperti watak SpongBob dan Patrick Star.
“Sebagai ahli biologi yang
pakar mengenai lautan, kami sama tidak menerima logik watak SpongeBob, namun
siapa sangka, dia benar-benar ‘wujud’,” katanya.
4.
Tokyo's Olympic Medals Are Made of 47 Tons
of Recycled E-Waste
30 Julai 2021
Japan had previously collected around 5 million
used mobile phones and is using the Olympics to highlight the issue.
53 million tons. That's the
amount of electronic waste (e-waste) produced globally every year. Recently, a
company in England commissioned 'Mount Recyclmore'
sculpted entirely out of e-waste to draw the attention of country heads
attending the G7 meet. The host country of this year's Olympics, Japan,
decided not only to use the platform to highlight the issue but also do
something about it. To make this year's Olympic medals, they used tonnes of e-waste.
Called 'Tokyo 2020 Medal
Project', the initiative began as early as 2017. Over a period of two years,
the organizing committee of the Olympics in Japan conducted a drive to collect
electronic waste such as phones from across the country. It roped in athletes,
students at universities, and even reached out to the public at large to donate
small and no longer in use electronic devices. Private companies also
participated in the drive and set up collection centers to
allow all those interested to make deposits conveniently.
The collection drive was
formally closed in March of 2019. Deposits were received from 1621
municipalities constituting 90 percent of villages, wards, towns, and cities in
Japan. A total of 78,985 tons of e-waste was collected comprising of 6.21
million used phones. The e-waste was then classified and dismantled by
government-approved contractors, in accordance with local laws on recycling
electrical and electronic equipment.
Metallic elements were
melted and then refined. At the end of the process, 70 lbs (32 kg) of gold,
7716 lbs (3500 kg) of silver, and 4850 lbs (2250 kg) of bronze were recovered
from the collected waste which would be used to make 2500 medals for the
Olympic and Paralympic Games.
Apart from medals, Japan
also recycled tonnes of plastic waste to build podiums for the Olympics
ceremonies. From subtle ancient wood joinery to
recycling e-waste, Japan continues to be a hotbed of innovations.
https://interestingengineering.com/tokyos-olympic-medals-are-made-of-47-tons-of-recycled-e-waste
5.
Penyelidik MPOB
cipta teknologi rawat sisa sawit
30 Julai 2021
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak
Sawit Malaysia (MPOB) mencipta teknologi untuk merawat sisa akhir efluen kelapa
sawit (POME) dengan menggunakan biojisim tempurung kelapa sawit.
Ketua Pengarahnya, Dr Ahmad
Parveez Ghulam Kadir, berkata teknologi yang dikenali Karbon Teraktif Tempurung
Kelapa Sawit untuk Rawatan Sisa Air adalah penyatuan proses biologi dengan
karbon teraktif untuk merawat sisa akhir efluen kelapa sawit (rawatan tertiari)
sebelum dilepaskan ke persekitaran.
"Biojisim tempurung
kelapa sawit digunakan sebagai sumber untuk penghasilan karbon teraktif kerana
mempunyai ciri ketumpatan dan karbon yang tinggi serta kandungan abu yang
rendah.
"Oleh kerana biojiisim
tempurung kelapa sawit dihasilkan dengan banyak di kilang kelapa sawit, maka
kos pengeluaran untuk teknologi ini adalah rendah jika dihasilkan oleh kilang
sawit. Prototaip teknologi ini telah diuji di lapangan dan terbukti
berkesan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Parveez berkata,
penyelidik MPOB yang diketuai oleh Dr Nahrul Hayawin Zainal, mula menjalankan
kajian pada 2019 dan telah melancarkan teknologi terbabit di Seminar dan
Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) MPOB 2021 baru-baru ini.
"Bahan buangan POME
mengandungi campuran air sisa minyak, zarah tanah dan pepejal terampai yang
berwarna coklat kehitaman.
"Kilang kelapa sawit
perlu merawat POME untuk pemuliharaan alam sekitar dan mematuhi peraturan ketat
oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan syarat pelesenan MPOB," katanya.
Beliau menjelaskan,
teknologi untuk merawat POME adalah mesra alam kerana tiada bahan kimia yang
digunakan semasa proses rawatan.
"Pengaktifan secara
stim digunakan bagi penghasilan karbon teraktif, dan mikrob yang berkesan
digunakan ketika proses biologi semasa rawatan tertiari.
"Pembuangan akhir sisa
efluen POME yang dirawat dapat digunakan sebagai air kitar semula dan karbon
teraktif yang telah digunakan boleh dijadikan sebagai baja organik untuk
tanaman sayur-sayuran.
"Kajian mendapati baja
organik ini kaya dengan unsur-unsur nitrogen, fosforus, dan kalium hasil dari
penjerapan sisa akhir efluen POME. Justeru, teknologi ini sangat lestari dalam
aspek ekonomi, proses dan persekitaran," katanya.
Sebagai pelengkap kepada
teknologi, MPOB telah membangunkan sistem pengaktifan karbonisasi secara
dua-dalam-satu untuk menghasilkan karbon teraktif secara lestari tunggal,
berbanding pembakaran dan pengaktifan secara berasingan dalam sistem
konvensional.
Teknologi secara
dua-dalam-satu itu lebih mudah digunakan berbanding sistem pembakaran secara
konvensional.
Proses pembakaran secara
dua-dalam-satu ini juga dapat mengurangkan kos pengeluaran, tenaga, dan masa
tanpa menjejaskan hasil dan kualiti karbon teraktif yang dihasilkan sekali gus
menghindari penggunaan bahan kimia ketika proses pengaktifan.
"Sistem pengaktifan karbonisasi
secara dua-dalam-satu ini dapat diguna pakai oleh sektor pengilangan sawit dan
menyedia peluang perniagaan kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS),"
tambah Ahmad Parveez.
6.
JAS tahan 19 kontena mengandungi barang buangan
30 Julai 2021
JOHOR BAHRU – Jabatan Alam
Sekitar (JAS) Negeri Johor berjaya mematahkan cubaan membawa masuk 19 kontena
mengandungi barangan buangan terjadual dari luar negara ke Malaysia di
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, dekat sini.
Pengarah JAS Negeri Johor,
Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, perbuatan itu dikesan semasa menjalankan
pemeriksaan kontena dengan kerjasama pihak berkuasa PTP sejak 19 Julai lalu
hingga semalam.
Katanya, pemeriksaan yang
dijalankan mendapati setiap kontena itu menggunakan borang deklarasi palsu bagi
mengaburi mata pihak berkuasa.
“Berdasarkan borang
deklarasi, barang dagangan yang dibawa adalah sekerap logam namun hasil
pemeriksaan dijalankan mendapati ia adalah barang yang diketegorikan sebagai
buangan terjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
“Pemeriksaan ke atas kesemua
kontena itu membawa buangan yang yang mengandungi bateri plumbum (SW 102),
bateri lithium (SW 103), buangan elektrik dan elektronik (SW 110), dan kabel
wayar berpenebat (SW 422).
“Kesemua kontena ini akan
diarahkan untuk dihantar balik ke negara asal selaras dengan prosedur
Konvensyen Basel,” katanya kepada pemberita hari ini. -K! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2021/07/30/jas-tahan-19-kontena-mengandungi-barang-buangan/
Comments
Post a Comment