Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih, 2014-2018/ Supply and Utilization Accounts Selected Agricultural Commodities, 2014-2018


Akaun Pembekalan dan Penggunaan (SUA) Komoditi Pertanian Terpilih, Malaysia, memaparkan statistik pengeluaran, eksport dan import, indikator kadar sara diri, kadar kebergantungan import dan penggunaan per kapita bagi komoditi pertanian terpilih. Statistik dan indikator ini merupakan petunjuk penting bagi melihat kedudukan pertanian negara terutama dalam menentukan jaminan bekalan makanan yang mencukupi. Tiga item pertanian baharu telah ditambah pada 2018 iaitu langsat, salad dan susu segar. 

Penerbitan ini boleh membantu penyelidik, agensi kerajaan dan pembuat dasar dalam menilai situasi semasa dan merancang pembangunan sektor pertanian untuk kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat. Penyusunan SUA adalah berdasarkan konsep dan garis panduan daripada Food Balance Sheets - A Handbook yang dikeluarkan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO), Rome, 2001 dan Guidelines for the Compilation of Food Balance Sheet oleh Global Strategy, 2017.

Supply and Utilization Accounts (SUA) of Selected Agricultural Commodities,  Malaysia, shows statistics on production, exports and imports, indicators of   self-sufficiency ratio, import dependency ratio and per capita consumption for selected agricultural commodities. These statistics and indicators are important indicators to the national agriculture situation, particularly in determining sufficient food supply security. Three new agriculture items was included in 2018 namely langsat, lettuce and fresh milk.   

This publication could assist researchers, government agencies and policy makers in assessing the current situation and planning the development of the agricultural sector for the progress of the country and wellbeing of the people. The compilation of SUA is based on the concepts and guidelines from Food Balance Sheets - A Handbook published by the Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO), Rome, 2001 and Guidelines for the Compilation of Food Balance Sheet by Global Strategy, 2017. 








Muat turun percuma di/ Free download at: 

Comments

Popular Posts