Kompendium Perangkaan Alam Sekitar (KPAS), Malaysia 2019 / Compendium of Environment Statistics (CES), Malaysia 2019



Kompendium Perangkaan Alam Sekitar, Malaysia 2019 memaparkan statistik alam sekitar yang meliputi enam komponen iaitu Keadaan dan Kualiti Alam Sekitar; Sumber Alam Sekitar dan Kegunaannya; Sisa; Kejadian Ekstrem dan Bencana; Penempatan Penduduk dan Kesihatan Persekitaran; dan Penglibatan, Pengurusan dan Perlindungan Alam Sekitar. Penyusunan statistik ini meliputi maklumat dan keadaan alam sekitar, impak aktiviti manusia ke atas alam sekitar dan langkah yang diambil bagi mengurangkan impak tersebut.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber air kerana menerima taburan hujan yang tinggi iaitu di antara 1,801.6 mm sehingga 4,581.8 mm setahun pada 2018. Pada tempoh yang sama, purata suhu terendah adalah 15.9⁰C manakala purata suhu tertinggi 33.4⁰C. Purata kelembapan relatif pula adalah di antara 72.7 peratus sehingga 89.3 peratus.

Penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan seramai 32.6 juta orang dengan perkadaran penduduk bandar adalah 76.2 peratus. Bagi memenuhi permintaan kepada air bersih, bekalan air mentah yang diambil terus daripada sungai dan empangan menunjukkan peningkatan masing-masing 5.7 peratus dan 28.0 peratus sehari pada 2018 berbanding 2014.

Pendaratan ikan laut pada 2018 adalah sebanyak 1.48 juta tan metrik meningkat 0.02 juta tan metrik berbanding 2014. Manakala pengeluaran daripada akuakultur adalah 0.40 juta tan metrik pada 2018.

Panjang pantai di Malaysia adalah 8,840 km pada 2018 dengan stesen pemantauan kualiti air marin sebanyak 188 stesen di kawasan pantai. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 124 stesen mencatatkan kategori terbaik.




The Compendium of Environment Statistics, Malaysia 2019 presents statistics on six environment components namely Environmental Conditions and Quality; Environmental Resources and their Use; Residuals; Extreme Events and Disasters; Human Settlements and Environmental Health; and Environmental Protection, Management and Engagement. The compilation of this statistics includes environment state and information, impacts of human activities on environment and actions taken to minimise the impact.
        
Malaysia is a rich country in water resources as it receives a high rainfall of between 1,801.6 mm to 4,581.8 mm per year in 2018. For the same period, the lowest mean temperature was 15.9⁰C while the highest mean temperature recorded at 33.4⁰C. The mean relative humidity in Malaysia is between 72.7 per cent to 89.3 per cent.

Malaysia's population in 2019 is estimated at 32.6 million people with the proportion of urban population is 76.2 per cent. To meet the demand of clean water, supply of raw water directly from rivers and storage dams has shown an increase of 5.7 per cent and 28.0 per cent daily in 2018 as compared to 2014.

Landings of marine fish in 2018 amounted to 1.48 million tonnes increased by 0.02 million tonnes as compared to 2014. While production from aquaculture was 0.40 million tonnes in 2018.

The length of the coastline in Malaysia is 8,840 km in 2018 with monitoring stations of marine water quality in the coastal area is 188 stations. Out of these, 124 stations was in excellent category.

Sumber/Source:
Jabatan Perangkaan Malaysia/Department of Statistics Malaysia

Comments

Popular Posts