Laporan Survei Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar, Malaysia, 2020 (Report on the Survey of Environmental Protection Expenditure, Malaysia, 2020)

 




Sektor ekonomi berbelanja 7.0 peratus lebih tinggi untuk perlindungan alam sekitar pada 2019

Pemain industri di Malaysia membelanjakan RM2.89 bilion bagi tujuan perlindungan alam sekitar pada tahun 2019, 7.0 peratus lebih tinggi berbanding nilai yang dibelanjakan pada tahun 2018. Perbelanjaan operasi merupakan penyumbang terbesar dengan 70.3 peratus, manakala 29.7 peratus dibelanjakan untuk perbelanjaan modal.

Pengurusan pencemaran mendahului perbelanjaan perlindungan alam sekitar sebanyak RM2,021.2 juta atau 70.1 peratus. Ini diikuti oleh pengurusan sisa bernilai RM751.7 juta (26.1%) dan penilaian & caj alam sekitar iaitu RM65.0 juta (2.3%).

Sektor pembuatan kekal mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada tahun 2019, dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM2,181.3 juta atau 75.6 peratus. Manakala sektor perkhidmatan berbelanja RM413.8 juta (14.3%) dan pembinaan RM161.2 juta (5.6 %).





Economic sectors spent 7.0 per cent higher for environmental protection in 2019

Industry players in Malaysia spent RM2.89 billion for environmental protection expenditure in 2019, 7.0 per cent higher than the amount spent in 2018. Operating expenditure constitutes the largest share at 70.3 per cent, while 29.7 per cent was spent on capital expenditure.

Pollution management dominated the environmental protection expenditure at RM2,021.2 million or 70.1 per cent. This was followed by waste management with RM751.7 million (26.1%) and environmental assessment and charges at  RM65.0 million (2.3%).

The manufacturing sector continues to dominate the environmental protection expenditure in 2019 with the value of RM2,181.3 million or 75.6 per cent. Meanwhile, services sector spent RM413.8 million (14.3%) and construction at RM161.2 million (5.6%).


Penemuan Utama

Pemain industri di Malaysia membelanjakan RM2.89 billion bagi tujuan perlindungan alam sekitar pada tahun 2019 iaitu 7.0 peratus lebih tinggi berbanding nilai yang dibelanjakan pada tahun 2018, menurut Laporan Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar 2020.

Prestasi ini sebahagian besarnya dipacu oleh perbelanjaan modal yang meningkat pada kadar pertumbuhan dua digit sebanyak 18.0 peratus. Sementara itu, perbelanjaan operasi mencatat pertumbuhan sederhana 3.0 peratus pada 2019. Perbelanjaan operasi merupakan penyumbang terbesar dengan 70.3 peratus, manakala 29.7 peratus dibelanjakan untuk perbelanjaan modal.

Perbelanjaan perlindungan alam sekitar telah meningkat 28.6 peratus sejak 2014.

Dari segi jenis perbelanjaan perlindungan alam sekitar, perbelanjaan pengurusan pencemaran mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar sebanyak RM2,021.2 juta atau 70.1 peratus. Ini diikuti oleh pengurusan sisa, RM751.7 juta (26.1%) dan penilaian & caj alam sekitar, RM64.9 juta (2.3%), Perbelanjaan lain, RM41.0 juta (1.4%) dan Perlindungan hidupan liar & habitat, 6.4 juta (0.2%).

Sektor pembuatan kekal mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada tahun 2019, dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM2,181.3 juta atau 75.6 peratus. Manakala sektor perkhidmatan berbelanja RM413.8 juta (14.3%) dan pembinaan RM161.2 juta (5.6 %).

Di peringkat negeri, Johor mencatatkan perbelanjaan perlindungan alam sekitar tertinggi pada 2019 iaitu RM678.5 juta, diikuti oleh Selangor (RM543.5 juta) dan Kuala Lumpur (RM292.6 juta). Tiga negeri ini menyumbang kepada 52.5 peratus daripada jumlah perbelanjaan.













Penerbitan penuh Laporan Survei Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar 2020 boleh dimuat turun melalui Portal eStatistik.

The full publication of the Report on the Survey of Environmental Protection Expenditure 2020 can be downloaded through eStatistik  Portal.

Comments

Popular Posts