Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Di Malaysia

Latar Belakang Pelaksanaan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung Malaysia? 

(a) Pada September 1995, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Pengurusan Sisa Pepejal seluruh Negara yang di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diswastakan. Penswastaan dipersetujui dibahagikan mengikut zon iaitu zon utara, zon selatan, zon tengah, zon Sarawak dan Zon Sabah. Cadangan penswastaan berjalan di Semenanjung Malaysia, namun ianya tidak dapat diteruskan di Sabah dan Sarawak disebabkan perbezaan perundangan; 


(b) Keputusan penswastaan tersebut dibuat berdasarkan kajian menyeluruh dibuat ke atas keupayaan PBT untuk mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam. Kerajaan mendapati kebanyakan PBT kekurangan dari segi kewangan, kepakaran dan juga sumber manusia untuk memberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang berkualiti; 


(c) Seterusnya, Jemaah Menteri pada April 1998 bersetuju supaya dijalankan penswastaan interim di beberapa buah negeri di Semenanjung sementara menunggu penswastaan penuh dilaksanakan. Penswastaan interim ini telah berjalan hampir 14 tahun. Tempoh penswastaan interim yang lama ini telah menyukarkan syarikat konsesi untuk mendapatkan pembiayaan daripada Institusi Kewangan dan seterusnya mempengaruhi tahap perkhidmatan yang diberikan.

  
  • Agensi Penguatkuasa

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 

 

  • Senarai Syarikat-syarikat Konsensi

Alam Flora Sdn. Bhd.



WP K.Lumpur, WP Putrajaya, Pahang

  

SWM Environment Sdn. Bhd. 
     

Johor, Melaka, Negeri Sembilan



E-Idaman Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Environment Idaman Sdn. Bhd.)
 

Kedah, Perlis


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/106

Comments

Popular Posts