Perangkaan Getah Bulanan, April 2021 (Monthly Rubber Statistics, April 2021)
Versi Bahasa Malaysia
Perangkaan Getah Bulanan rujukan April 2021 menunjukkan pengeluaran getah asli tahun ke tahun menyusut 33.5 peratus pada April 2021 kepada 23,013 tan metrik berbanding 34,616 tan metrik pada April 2020. Ini berikutan oleh faktor bermusim (wintering period) yang menyebabkan pokok kurang produktif. Perbandingan bulan ke bulan juga turut menurun sebanyak 36.2 peratus.
Stok getah asli menurun 7.9 peratus pada April 2021 kepada 259,355 tan metrik berbanding 281,729 tan metrik pada Mac 2021. Kilang pemproses getah menyumbang sebanyak 90.3 peratus diikuti kilang pengguna getah (9.6%) dan estet getah (0.1%). Pengurangan stok ini turut dipengaruhi oleh faktor di peringkat penawaran. Justeru, stok sedia ada juga digunakan bagi menampung pengurangan pengeluaran.
Harga purata bagi Lateks Pekat merekodkan penurunan kepada 623.40 sen sekilogram berbanding Mac 2021 (680.20 sen sekilogram). Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) turut menunjukkan penurunan daripada 707.89 sen sekilogram kepada 667.85 sen sekilogram bagi tempoh yang sama. Penurunan ini berikutan kebimbangan kepada pasaran hadapan getah di peringkat global (Malaysian Rubber Board Digest, April 2021).
Jumlah penggunaan getah asli di peringkat domestik meningkat 31.1 peratus kepada 47,096 tan metrik berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya. Perubahan tahun ke tahun ini merupakan yang tertinggi dicatatkan berbanding perubahan pada suku pertama tahun ini. Perbandingan dengan Mac 2021 pula menunjukkan penurunan sebanyak 5.3 peratus.
Eksport getah asli Malaysia berjumlah 55,696 tan metrik pada April 2021, menurun 5.4 peratus berbanding 58,852 tan metrik pada Mac 2021. China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli menyumbang 57.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada April 2021 diikuti Jerman (8.1%), Amerika Syarikat (3.9%), Turki (2.6%) dan Finland (2.4%).
English version
Untuk muat turun percuma/ For free download: https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epLogin.seam
#StatsMalaysia
#MyStatsDay
#MyCensus2020
#MenghitungMalaysia
#DataAndaMasaDepanKita
#PastikanAndaDibanci
#COVID19
#StaySafe
#KitaJagaKita
Portal: Jabatan Perangkaan Malaysia
Portal: Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
Facebook:
Jabatan Perangkaan Malaysia
Banci Penduduk & Perumahan Malaysia
Twitter: Jabatan Perangkaan Malaysia
Instagram: Jabatan Perangkaan Malaysia
YouTube: Jabatan Perangkaan Malaysia
Comments
Post a Comment